Monday, July 16, 2007

sholat sunah dan akidah

Cara Sholat Istiqarah :Solat dua rakaat. Pada Rakaat pertama dibaca Surah Al-Faatihah dan Surah Al-Kaafiruun ( Qul yaa ayyuhal kaafirun) dan di rakaat kedua dibaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlaas ( Qul hua Allahu ahad).
Solat Istikharah ini dilakukan sebelum tidur atau ketika sembahyang tahhajud dikahir malam (selepas jam 3 pagi) dan yang paling afdhal dilakukan sebelum tidur.
Cara yang laing afdhal atau terbak untuk saudari lakukan solat istikaharah dan mendapat petunjuk dari Allah ialah sengan melakukan perkara berikut sebelum tidur:-
1. Ambil wudhuk ( akan tidur dalam keadaan berwudhuk)
2. Sembahyang sunat taubat 2 rakaat Pada Rakaat pertama dibaca Surah Al-Faatihah dan Surah Al-Kaafiruun ( Qul yaa ayyuhal kaafirun) dan di rakaat kedua dibaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlaas ( Qul hua Allahu ahad).
3. Bertaubat kepada Allah dengan sesungguhnya dengan menyesali perbuatan maksiat yang dilakukan dan berazam tidak akan mengulangi lagi dosa-dosa tersebut.
4. Sembayang solat hajat agar diberi petunjuk untuk menyelesaikan masalah. Bacaan adalah sama dengan solat taubat.
5. Membaca Al-Quraan sebaik-baiknya surah Yasin
6. Sembahyang Istikharah sebagaimana yang diterangkan. Selepas sembahyang terus tidur dengan membaca doa sebelum tidur dan juga ayat-ayat quraan yang menjadi amalan RAsulullah untuk menghindarkan dari gangguan syaitan.
Doa istikharah dibaca ketika sujud atau selepas solat:
Mafhumnya:- Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib. Wahai tuhanku sekiranya /engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui baha perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku.
Doa Solat hajat:
Mafhumnya:- Tiada tuhan yan disembah melainkan Allah yang bersifat maha mengetahui dan mulia. Maha suci Allah tuhan kepada arays yang maha besar. Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam. Aku momohon rahmat Mu serta keampunan Mu, perlindungan daripada segala dosa, serta pertolongan Mu dalam melakukan kebaikan, serta perlindungan daripada setiap perkara buruk serta aku memohon darjat syurga yang tinggi. Jangan Kamu tinggalkan dosa terhadapku kecuali Engkau mengampuninya, tidak ada kesulitan kecuali Engkau permudahkannya, tidak ada hutang kecuali Engkau permudahkan urusan pembayarannya, tidak ada hajat dunia dan hajat akhirat kecuali Engkau perkenankan hajat tersebut wahai tuhan yang pemurah.
Kemudian baca doa yang sepatutnya.
Petunjuk yang akan didapati ialah segala keputusan yang terbetik dihati kita selepas kita melakukan solat istikharah tersebut. Apa saja kecendrungan hati kita selepas itu adalah dikira petunjuk dari Allah Taala. Ramai yang menganggap bahawa petunjuk adalah berbentuk mimpi ketika tidur selepas melakukan solat istihkarah dan tanggapan ini adalah meleset kerana ianya begitu jarang berlaku dan tidak menjadi syarat kepada petunjuk. Memadailah dengan kecenderungan hati kita dalam membuat keputusan. Tetapi kita jangan lupa bahawa kita hendaklah sentiasa mengingati Allah Taala dan bertawakkal kepadanya disamping kita menjauhi segala amalan dan perbuatan yang tidak di redhai Allah demi yuntuk mengelakkan gangguan dari syaitan.
Kekeliruan untuk membuat keputusan selepas sembahyang istikharah tidak akan tiimbul apabila kita telah bertawakkal kepada Allah dengan sepenuhnya. Apabila kekeliruan masih timbul, ini menunjukkan kurangnya bertawakkal kepada Allah. Buatlah satu keputusan dan terus berpegang kepada keputusan itu tanpa was-was. Sentiasalah berdamping kepada Allah dengan zikir dan Istighfarr. Bercintalah Dengan Allah kerana Allah samasekali tidak akan menolak cinta hambanya apatahlagi mengecewakan hambanya...berlainan dengan cinta manusia yang bersifat sementara dan hipokrit dan sebagainya..Semoga saudari berjaya. Amiin.
11:08 PM - 0 Comments - 0 Kudos - Add Comment
BERGAUL KERANA KEREDHAAN ALLAH
Ternyata dalam kehidupan ini boleh dikatakan setiap masa dipenuhi dengan amalan kebajikan yang baik dan diberi ganjaran pahala oleh Allah kepada hamba-Nya yang melakukan kebaikan. Ganjaran ini amat mudah dan senang didapati asalkan apa yang dilaksanakan itu ikhlas kerana Allah s.w.t. Malangnya kebanyakan individu tidak nampak ganjaran dan wawasan terhadap kebaikan, sebaliknya merasakan dirinya hina atau diperbodohkan andai melakukan demikian. Keadaan ini adalah suatu kesilapan besar dalam perhitungan hidup yang sesingkat ini. Dalam menuju keredhaan Allah s.w.t. apa yang lebih malang lagi ialah manusia amat mudah terjerumus ke arah keburukan yang membawa dirinya menjadi keji, yang mana dia sendiri mengusahakan ke arah itu, seperti sifat sombong tidak mahu dikalahkan dan sentiasa menjadi pemenang dalam semua urusan serta menakutkan-nakutkan orang lain. Seringkali si lemah dan si miskin menjadi mangsa. Islam menetapkan kedudukan orang orang yang suka membuat ugutan dengan menakut-nakutkan saudaranya dan membuatkan saudaranya merasa sedih, takut, kecewa dukacita dalam hatinya sebagai zalim. Hukuman ini telah ditegaskan oleh Rasulullah dalarn hadis yang berbunyi:
'Sesungguhnya seorang lelaki telah mengambil kasut lelaki lain lalu disembunyikannya dengan tujuan hendak bergurau, maka diberi tahu kepada Rasulullah s.a.w., maka jawab Rasulullah jangan kamu menakut-nakutkan saudara kamu sesama Islam, maka sesunggunya menakut-nakutkan saudara kamu itu merupakan kezaliman yang amat besar dosanya.' (Riwayat Thibrani)
Jelas sekali hadis ini menyatakan kedudukan dan hukuman bagi orang yang suka menakut nakutkan orang lain dengan perbuatan ataupun perkataan yang merupakan ugutan itu suatu kezaliman. Di dalam hadis yang lain pula Rasulullah menegaskan perilaku orang yang suka memandang orang lain dengan wajah yang menggerunkan, melalui sabda Nabi s.a.w.:
'Barangsiapa yang melihat kepada mana-mana orang Islam dengan satu pandangan yang menakut nakutkannya melalui kegeraman walahnya tanpa ada sebarang sebab untuk melakukan demikian maka Allah akan menakutkannya di hari kiamat (seperti apa yang dilakukan terhadap saudaranya di dunia)'. (Riwayat Thibrani)
Berdasarkan hadis di atas sekiranya ada sebab sebab tertentu dan berhak dilakukan demikian seperti ibu bapa mengajar anak, guru mengajar murid dengan memberi arahan arahan tertentu secara tegas maka ini dibolehkan dengan maksud rnendidik. Namun demikian Rasulullah melarang keras bagi orang yang mengacu-acukan senjata tajam kepada orang lain sama ada secara melawak ataupun bertujuan menakut-nakutkan. Andai kata melakukan dernikian malaikat akan melaknatnya hingga ke akhir usianya di dunia ini, sepertimana dalil yang dijelas oleh Rasullah s.a.w.:
'Sesiapa yang mengisyaratkan atau mengacukan-acukan sebarang senjata tajam yang diperbuat daripada besi, maka sesungguhnya malaikat akan melaknatnya hingga ke akhir hayat sekalipun dia mengisyaratkan kepada saudara seibu atau saudara sebapanya sendiri' (Riwayat Muslim)
Hal ini dipandang berat oleh syariat kerana senjata itu dijadikan sebagai alat untuk mencari rezeki, bukan untuk menakut-nakutkan orang lain ataupun mengancam sesama sendiri yang mungkin mencetuskan suasana tidak aman, darurat yang mungkin membawa ke arah hidup yang tidak ada kesejahteraan dalam masyarakat. (Rujuk Zainul 'Abidin Ibnu Rajah Al-Hamnbali Al-Baghdudi. T.Tarikh. hlrn. 145)
Dengan demikian dalam merealisasi hidup ini Allah s.w.t. telah menentukan cara hidup kepada hambanya dengari baik seperti bersaudara sesama Islam, bukan secara sebaliknya, dengan harapan setiap muslim itu akan kembali kepada Allah dengan penuh keredhaan-Nya sebagai ganjaran ketaatan hamba terhadap segala suruhan Allah sebagai khalifah di muka bumi yang mana semua amalan akan dihitung semula.
10:37 PM - 0 Comments - 0 Kudos - Add Comment
MENCERIAKAN PERGAULAN
Kewajipan Menceriakan Pergaulan
Berdasarkan hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda:
'Sesunggubnya amalan yang sangat dicintai Allah selepas melakukan ibadat fardhu oleh hambanya ialah mengembirakan hati saudaranya sesama Islam' (Riwayat Baihaqi)
Hadis ini menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab seseorang hamba bagi menceriakan jiwa saudaranya. Lebih lebih lagi soal menghasilkan sesuatu keperluan atau mencapai kepentingan sesama muslim dalam masa seseorang itu mengejar sesuatu kerjaya dalam hidupnya. Adalah tidak wajar orang lain menghalangnya bahkan dianjur supaya memberi bantuan ke arah usaha tersebut agar segera diperolehinya. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. amat menggalakkan umatnya ke arah memberi pertolongan terhadap saudaranya untuk mencapai sesuatu hajat sepertimana dinyatakan di dalam hadisnya yang berbunyi:
'Orang Islam adalah saudara bagi orang Islam yang lain, yang mana tidak boleh menzalimi antara satu sama lain, dan jangan mengabaikan pertolongan kepadanya dan sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya, Allah sentiasa menunaikan hajatnya, dan sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada bala atau sebarang kesusahan, Allah akan melepaskan kesusahannya pada hari qiamat dan sesiapa yang menutup keaiban saudaranya, Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat.' (Riwayat Bukhari Dan Muslim, Abu Daud)
Melalui suruhan Rasulullah terhadap umatnya sepertimana yang difahamkan dalam hadis ini jelas menunjukkan bahawa menjadi suatu kewajipan ke atas orang muslim untuk berusaha bagi mengelokkan pergaulan sesama manusia dengan memberi pertolongan, bantu-membantu antara satu sama lain. Apabila terdapat sesuatu permusuhan atau pertengkaran bersegeralah untuk mendamaikan mereka, seperti firman Allah:
"Tiada kebaikan dalam segala urusan yang mereka tempuhi melainkan menyeru ke arah kebenaran atau melakukan segala kebajikan ataupun mendamaikan di antara manusia yang bergaduh dan sesiapa yang melaksanakan demikian adalah untuk menuntut keredhaan Allah, semoga Allah berikannya pahala yang berlipat ganda" (Surah An-Nisa': 114)
Ayat ini bermaksud melarang kejayaan satu golongan yang seringkali merahsiakan dari golongan yang lain, sedangkan golongan yang menjadi mangsa itu juga berhak menerima kejayaan yang sama, maka cara ini seolah-olah menunjukkan sifat tamak dan belot yang seringkali terjadi di kalangan umat manusia, lebih-lebih lagi zaman sekarang. Keadaan begini walaupun berjaya tetapi di sisi Allah adalah gagal disebabkan tamak dan belot tadi, bahkan menimbulkan perpecahan yang merugikan perpaduan ummah itu sendiri. (Rujuk Imam Fakhruddin Al-Razi, 1990. hlm. 33-34, juzuk 11)
10:36 PM - 0 Comments - 0 Kudos - Add Comment
Sunday, November 26, 2006
Bilakah Marah Itu Dibolehkan
Marah dibolehkan apabila terjadi sesuatu yang perlu ditentang dan dilawan, seperti pencerobohan terhadap jiwa, nyawa, harta dan pencabulan maruah atau kehormatan. Bagi melindungi harga diri daripada dicemari, kita perlu melawan dan menentang habis-habisan, sarna ada pada diri sendiri atau keluarga ataupun orang lain yang tidak kena mengena dengan kita. Perkara ini memang perlu diberi pertolongan untuk menyelamatkannya. Begitu juga pencerobohan terhadap agarnal seperti tempat ibadat dipermain-mainkan dan dicemari oleh seteru dan juga terhadap saudara seagama dengan kita dianiaya atau diseksa ketika ini perlu dimarahi dan ditentang kerana Allah. Tindakannya adalah pada hati dan jiwa yang berlandaskan akal yang waras. Perbuatan penentangan yang dilaksanakan perlu berdasarkan syariat, supaya tidak keterlaluan atau melampaui batas. (Rujuk Al-Manawir. 1972. hlm. 355. Juzuk 5)
Sabda Rasulullah:
'Bukanlah kekuatan itu ketika menang dalam pertarungan, sesungguhnya kekuatan yang sebenar dapat mengawal dari tindakan marah yang melampaui batas.' (Al-Bukhari)

No comments: